Rabu, 8 Julai 2009

Ubat batuk, selesema tidak sesuai budak bawah 2 tahun
Jul 9, 09 1:26pm
Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak berumur bawah dua tahun, demikian penemuan terbaru Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan.

Susulan itu, Bernama melaporkan, PBKD memutuskan untuk mengehadkan penggunaan produk untuk merawat batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Eisah A Rahman.

Amaran keselamatan seperti "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun" wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan, katanya dalam satu kenyataan.

Produk-produk terlibat adalah sediaan cecair melalui mulut yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.

Eisah dipetik berkata produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.

Tambah pegawai kanan kementerian itu, apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih daripada dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan jika diberi melebihi dos yang disarankan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif sama.

"Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati," Eisah dipetik berkata semalam.

Tambahnya lagi, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema yang dialami kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

"Selesema daripada jangkitan virus boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit," katanya seperti dilaporkan.

Bagaimanapun, kata Eisah, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda pulih atau disertai dengan demam, mukus pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor.
Kedatangan Imam Mahadi

RASULULLAH S.A.W bersabda: "Mahadi itu dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung; ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran, dan keadilan, sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; ia memerintah selama tujuh tahun." (Abu Sa'id Al-Khudri r.a)

Huraian

Rasulullah s.a.w bersabda: "Mahadi itu dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung; ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran, dan keadilan, sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; ia memerintah selama tujuh tahun."

Selasa, 7 Julai 2009

apa lintah boleh buat ?!!...

cuba tengok baik-baik terapi lintah di bawah ni... lintah kedah ambil artikel ni dari carian di blog sahabat lintah yang lain. lintah kedah turut ingin berkongsi maklumat bersama para pengunjung blog ini. selama ni... ramai sangat orang tanya... "buat apa bela lintah ni?"... haaaa.... ni ha jawapannya...


seorang lelaki kulit putih berumur 45 tahun mengalami putus telinga di bahagian dua per tiga telinga kanannya. telinga itu di sambung semula mengunakan microovascular anastomosis pada kapilari luaran yang kecil. tiada veins yang boleh digunakan untuk anastomosis. tidak lama selepas anastomosis, berlaku venous congestion yang jelas. lintah perubatan digunakan untuk merawat venous congestion.

24 Jam24 jam selepas pembedahan
gambar menunjukkan beberapa venous congestion dalam telinga yang disambung semula diikuti avulsion lengkap.
48 Jam48 jam selepas pembedahan
tiga ekor lintah telah di gunakan setiap 8 jam.
kemajuan yang jelas dapat dilihat.
72 Jam72 jam selepas pembedahan
tiga ekor lintah telah digunakan setiap 8 jam untuk jangkamasa 14 ke 30 minit. kemajuan dalam perubahan warna dan bengkak menyusut serta congestion dikesan.
6 Hari6 hari selepas pembedahan
seluruh telinga yang disambung semula dapat digunakan dan pulih dengan baik. kapilari darah dapat disambung dengan bantuan lintah.
2 Bulandua bulan selepas pembedahan
pemulihan lengkap telinga yang disambung semula

prosedur yang dimuatkan dalam kes ini telah dijalankan dengan jayanya oleh Dr. Kulwant S. Bhangoo, M.D.,F.R.C.S., FACS, FICS, Chief of Plastic Surgery at Mercy Hospital, Buffalo, New York.

di malaysia penggunaan terapi lintah buat masa ini hanya terhad kepada kes-kes yang kecil seperti magrin, senggugut, gatal-gatal dan sebagainya.

khidmat perawatan lintah di malaysia ada ditawarkan oleh beberapa spa dan pusat rawatan kecantikan di seluruh negara. walau bagaimanapun, perawatan menggunakan lintah di malaysia masih kurang.

Ahad, 5 Julai 2009

saya n orang baru

kalau ada apa-apa 2 tolongla tegur...